Tuesday, January 23, 2018

  Blog Daerah Barat Daya Disember 2017
Aktiviti KOSPEN Plus Pergigian Daerah Barat Daya
Coretan Melissa Y.
Program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN)  PLUS di daerah Barat Daya telah bermula pada 2hb Ogos 2017 apabila saya, Dr Melissa bersama Dr Manisathana dan Ketua Jururawat Pergigian  (KJP) Pn Sarimah terpilih bagi menghadiri kursus tersebut anjuran JKN Pulau Pinang.
Susulan daripada itu, kami telah menganjurkan beberapa sesi kursus untuk pendedahan tentang KOSPEN PLUS bagi semua personel Barat Daya. Antaranya adalah ceramah  1) Latar Belakang KOSPEN PLUS dan peranan sukarelawan KOSPEN PLUS oleh saya, 2) Skop 3: Hidup yang aktif & Skop 4 : Pengurusan Berat Badan oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi En Shahrulazeem Bin Hanifah dan Pn Mehkala A/P Ramachandran, 3) Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Skop 2: Amalan Tidak Merokok & Skop 8: Cegah Kemudaratan Alkohol oleh Pegawai Perubatan Dr Agilan Marathan dan Dr Doris, 4) Skop 6: Minda Sihat & Skop 7: Persekitaran Tempat Kerja Sihat oleh Pegawai Permulihan Cara Kerja En Mohamad Nor Lizan Bin Mohamed dan Pn Isma Hanis Binti Abd Ghafar dan 5) Skop 1: Amalan Pemakanan Sihat oleh Pegawai Sains Pemakanan Pn Nurliyana Saidin.
Saringan kesihatan untuk setiap staf pergigian darah Barat Daya telah dijalankan. Dari saringan yang telah dijalankan itu, rumusan berikut telah diperolehi: 48 daripada 105 orang mempunyai BMI lebih daripada 25, dan 9 orang daripadanya adalah obese (≥35). Manakala seramai 6 orang telah didapati mempunyai tekanan darah ≥140/90. 33% iaitu 35 daripada 105 yang disaring mempunyai RBS≥ 5.6 mmol/L. Manakala, staf yang merokok adalah berjumlah 7 orang. Dalam saringan Minda Sihat pula, dilaporkan seramai 48 orang didapati “stress, anxiety, depression” dari tahap ringan sehinggalah sangat teruk.
Ekoran daripada itu, pelbagai aktiviti susulan dilaksanakan untuk menangani masalah kesihatan yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah Penyajian Hidangan Sihat, Program Pengurusan Berat Badan dan aktiviti fizikal berjadual, ceramah berhenti merokok, CDE Latihan Kemahiran Daya Tindak serta CDE Minda Sihat.
Dengan adanya perlaksanaan aktiviti KOSPEN Plus, diharapkan ianya dapat menurunkan prevalens penyakit NCD dan faktor risikonya di kalangan pekerja melalui pemerkasaan majikan dan pekerja serta membentuk warga kerja sihat dan produktif melalui penerapan polisi kesihatan, pewujudan persekitaran yang menjurus kepada pembudayaan amalan gaya hidup sihat.
Perasmian kursus KOSPEN PLUS Daerah Barat Daya oleh Pegawai Pergigian Daerah, Dr Normala Bt Awang.

Penjelasan tentang Suku-Suku Separuh untuk makanan secara sihat oleh Pn Liyana Binti Saidin, Pegawai Sains Pemakanan.

Staf turut mengikuti sesi aktiviti fizikal di bawah pimpinan En Shahrulazeem dan Pn Mehkala semasa kursus

Ukuran tinggi dan berat badan ditimbang dan “Body Mass Index” (BMI) telah dikira.

Darah diambil untuk mengetahui kandungan gula dalam darah

Tekanan darah turut diambil

Penyajian Hidangan Sihat telah mula dilaksanakan iaitu 1) ‘tagging’ kandungan kalori disediakan bagi makanan dan minuman yang dihidang,2) air kosong turut disediakan, 3) gula/susu diasingkan daripada kopi/teh, 4) buah-buahan disediakan, 5) makanan yang dihidangkan mengandungi hidangan sayur-sayuran untuk waktu hidangan utama.

Program Pengurusan Berat Badan dan Aktiviti fizikal berjadual telah bermula setiap petang hari Jumaat.

Staf yang didapati merokok telah dijemput menyertai Kursus Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK). dan mendengar ceramah dari Klinik Berhenti Merokok dari Klinik Kesihatan Bayan Baru Dr. Lim Choon Sern dan En. Albron Tommy. Mereka disarankan untuk berdaftar dan mengikuti program Klinik Berhenti Merokok di klinik yang berhampiran.

Pn Rozilawati  Pegawai Kaunseling dari JKN Mara   telah berkongsi ilmu tentang berfikiran  positif &  teknik penyelesaian masalah, menangai stress 10B, kemahiran asertif, kawal marah & pengurusan masa serta komunikasi personel berkesan dalam CDE Latihan Kemahiran Daya Tindak.

Occupational Therapist dari  Klinik Kesihatan Bayan Lepas En. Mohamad Nor Lizan Bin Mohamed telah mengajar peserta CDE Minda Sihat tentang Teknik relaksasi seperti Latihan Pernafasan, Senaman dan Urutan Bahu & Leher serta Terapi Muzik.







 
 

Thursday, May 25, 2017







Salam Bebas Asap Rokok !!! 

            Pada tanggal 13 Mei 2017, sebuah program Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2017 Peringkat Negeri Pulau Pinang Bersama Program Nafas Baru Ramadhan 2017 telah diadakan di Design Village Outlet Mall, Bandar Cassia, Pulau Pinang.
            Program ini bertemakan Amalan Merokok-Ancaman Kepada Generasi Masa Depan Negara dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr Sukumar Mahesan, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
            Bahagian Pergigian Pulau Pinang tidak melepaskan peluang untuk turut terlibat dalam program ini kerana tabiat merokok ini banyak memberi kesan buruk kepada kesihatan oral. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran kesihatan pergigian dan pemeriksaan pergigian percuma. Beberapa staf pergigian dari daerah Seberang Perai Selatan telah terlibat dalam menjayakan program ini.
            Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan bagi menyelamatkan generasi peneraju masa depan negara daripada tabiat merokok yang membunuh!

KATAKAN TAK NAK PADA MEROKOK! SETIAP SEDUTAN MEMBAWA PADAH!

Monday, May 22, 2017



ADAKAH ANDA MENGAMALKAN FLOS GIGI?





Selain daripada memberus gigi, flos gigi juga penting bagi memastikan gigi bebas daripada sisa-sisa makanan yang boleh mengakibatkan pembentukan karies gigi. Ini kerana sisa-sisa makanan yang berada di celah-celah gigi yang rapat tidak dapat dicapai dengan memberus gigi.

SAYANGI GIGI ANDA!

Tuesday, March 7, 2017

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat!


Selamat sejahtera semua!!

Mari amalkan 5 langkah mudah ini untuk gigi sihat dan senyuman menawan!
Hidup ceria tanpa karies gigi!
😉😉😉


Friday, February 24, 2017

SENARAI KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN SELURUH NEGERI PULAU PINANG


KLINIK PERGIGIAN DAERAH TIMUR LAUT 
Bil.
Nama Klinik
No Telefon / Faks
Alamat
 1.
 Klinik Pergigian Jalan Perak

 04-2813753
 Klinik Pergigian Jalan Perak, 11600 Jalan Perak, Pulau Pinang. 
 2.
 Klinik Pergigian Jalan Macalister
 04-2289479
 Klinik Pergigian Jalan Macalister, 10400 Georgetown, Pulau Pinang. 
 3.

Klinik Pergigian Bandar Baru Air Hitam
 04-8266267
 Klinik Pergigian Bandar Baru Air Hitam, 11500 Pulau Pinang.
 4.
 Klinik Pergigian Air Itam
 04-8288355
 Klinik Pergigian Air Itam, 11500 Pulau Pinang. 
 5.
 Klinik Pergigian Bukit Jambul
 04-6429572
 Klinik Pergigian Bukit Jambul, Blok H-G-5, Taman Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. 
 6.
 Unit Pakar Pergigian Restoratif
 04-8266267
 Unit Pakar Pergigian Restoratif, KP Bandar Baru Air Hitam, 11500 Air Hitam, Pulau Pinang. 
 7.
 Jabatan Bedah Mulut
 04-2225210
 Jabatan Bedah Mulut Hospital Pulau Pinang, Jalan Residensi, 10990 Georgertown, Pulau Pinang. 
 8.
 Jabatan Pergigian Pediatrik
 04-2225211
 Jabatan Pergigian Pediatrik  Hospital Pulau Pinang, Jalan Residensi, 10990 Georgetown, Pulau Pinang.
 9.
 Unit Pakar Pergigian Ortodontik
 04-2837067 / 04-2837981
 Unit Pakar Pergigian Ortodontik Jalan Perak, 11600 Jalan Perak, Pulau Pinang.
 10.
 Unit Pakar Pergigian Periodontik

 04-2819601
 Unit Pakar Pergigian Jalan Perak, 11600 Jalan Perak, Pulau Pinang.





























 KLINIK PERGIGIAN DAERAH BARAT DAYA
Bil.
Nama Klinik
No Telefon / Faks
Alamat
 1.
 Klinik Pergigian Barat Daya
 04-6414151 / 04-6414035
 Klinik Pergigian Bayan Baru, Tingkat Satu, Klinik Kesihatan Bayan Baru, 11950 Jalan Tengah Bayan Baru, Pulau Pinang.
 2.
 Klinik Pergigian Bayan Baru
 04-6438873
 Klinik Pergigian Bayan Lepas, Jalan Dato Ismail Hashim, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
 3.
 Klinik Pergigian Balik Pulau
 04-8669333
 Klinik Pergigian Hospital Balik Pulau, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
 4.
 Klinik Pergigian Teluk Bahang
 04-8851951
 Klinik Pergigian Teluk Bahang, Klinik Kesihatan Teluk Bahang Mukim 2, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang.


 KLINIK PERGIGIAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA 
Bil.
Nama Klinik
No. Telefon / Faks
Alamat
 1.
 Klinik Pergigian Mak Mandin
 04-3326967 
04-3230152
 Klinik Pergigian Mak Mandin, Lot 2882 Seksyen 3, Jalan Mak Mandin, 13400 Seberang Perai Utara. 
 2.
 Klinik Pergigian Butterworth
 04-3239831
 Klinik Pergigian Butterworth, Klinik Kesihatan Butterworth, Jalan Pantai 12000, Pulau Pinang.
 3.
 Klinik Pergigian Tasek Gelugor
 04-5737155
 Klinik Pergigian Tasek Gelugor, Lot 1944, Mukim 12, Klinik Kesihatan Tasek  Gelugor, 13300 Pulau Pinang.
 4.
 Klinik Pergigian Penaga
 04-5751857
 Klinik Pergigian Penaga, Klinik Kesihatan Penaga, Jalan Besar Penaga, 13100 Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
 5.
 Klinik Pergigian Sungai Dua
 04-3564379
 Klinik Pergigian Sungai Dua, Klinik Kesihatan Sungai Dua, Lot 2349, Mukim 11, 13800 Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. 
 6.
 Klinik Pergigian Kepala Batas
 04-5742150 / 
04-5759155
 Klinik Pergigian Kepala Batas, Lot 1466 Mukim 6, Kepala Batas 13200 Seberang perai Utara, Pulau Pinang.

 7.
 Klinik Pakar Pergigian Ortondontik
 04-3316246
 Klinik Pakar Ortondontik Mak Mandin, Poliklinik Komuniti Mak Mandin, 13400 Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
 8.
 Klinik Pakar Pergigian Periodontik
 04-3316243
 Klinik Pakar Periondontik Mak Mandin, Poliklinik Komuniti Mak Mandin, 13400 Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
 9.
 Klinik Pakar Pergigian Restoratif
 04-3316243
 Klinik Pakar Restoratif Mak Mandin, Poliklinik Komuniti Mak Mandin, 13400 Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

 KLINIK PERGIGIAN DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH 
Bil.
Nama Klinik
No. Telefon / Faks
Alamat
 1.
 Pej. Pergigian Daerah Seberang Perai Tengah
 04-5371004 / 04-5373441
 Pejabat Pergigian Daerah Seberang Perai  Tengah, Klinik Pergigian Kubang Semang, 14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang 
 2.
 Klinik Pergigian Kubang Semang
 04-5371004
Klinik Pergigian Kubang Semang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 
 3.
 Klinik Pergigian Hospital Bukit Mertajam
 04-5383335
 Klinik Pergigian Hospital Bukit Mertajam, Jalan Kulim, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
 4.
 Klinik Pergigian Perai
 04-3993005
 Klinik Pergigian Perai, 13700 Perai, Pulau Pinang. 
 5.
 Klinik Pakar Pergigian Seberang Jaya
 04-3907487
 Klinik Pergigian Seberang Jaya, Klinik Komuniti, Jalan Perpustakaan, Seberang Jaya 13700 Perai, Pulau Pinang.
 6.
 Klinik Pergigian Berapit
 04-5301423
 Klinik Pergigian Berapit, 14400 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 
 7.
 Klinik Pergigian Bukit Minyak
 04-5024217
 Klinik Pergigian Bukit Minyak, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 
 8.
 Klinik Pakar Ortondontik Klinik Pergigian Bukit Minyak
 04-5024217
 Klinik Pergigian Bukit Minyak, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 

 KLINIK PERGIGIAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN 
Bil.
Nama Klinik
No. Telefon / Faks
Alamat
 1.
 Klinik Pergigian Sungai Acheh
 045982729
 Klinik Pergigian Sungai Acheh, Jalan Sungai Udang, 14310 Nibong Tebal, Pulau Pinang. 
 2.
 Klinik Pergigian Hospital Sungai Bakap
 04-5825333
 Klinik Pergigian Sungai Bakap, Hospital Sungai Bakap, 14200 Sungai Bakap, Pulau Pinang. 
 3.
 Klinik Pergigian Bukit Panchor
 04-5941349
 Klinik Pergigian Bukit Panchor, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. 
 4.
 Klinik Pergigian Nibong Tebal
 04-5933399
 Klinik Pergigian Nibong Tebal, Jalan Klinik, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. 
 5.
 Klinik Pergigian Bandar Tasik Mutiara
 04-5074355
 Klinik Pergigian Bandar Tasik Mutiara, Lot 8767, Bandar Tasik Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang.